Bengkel/Kursus ini dijalankan selama 4 hari bermula pada 9-12 April 2007 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Dalam bengkel yang dihadiri oleh semua guru Penyelaras Makmal Komputer Sekolah PPD Bachok berjaya menghasilkan perkembangan positif di mana para guru berhasil bertukar fikiran, percambahan fikiran dan meningkatkan iltizam yang tinggi ke arah memantapkan pengurusan Makmal Komputer dan penggunaannya dalam proses P&P.
Bengkel ini menyediakan tenaga pembimbing dari Unit ICT Jabatan Pelajaran Kelantan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohammad b. Abdullah.
Majlis Perasmian Penutup selamat disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Tn. Hj. Ab. Aziz b. Abdullah