SELAMAT BERTUGAS

April 29, 2007

En. Mohd. Rozi b. Nawi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Badak telah kembali bertugas pada 22nd April 2007 setelah mengikuti Kursus 14 minggu di MPKB. Dengan kembalinya beliau diharapkan PKG Badak akan lebih mantap dan ceria dalam melaksanakan tugasan.

rz1.jpg

Bengkel Pengurusan Makmal Komputer Daerah Bachok

April 25, 2007

Bengkel/Kursus ini dijalankan selama 4 hari bermula pada 9-12 April 2007 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Dalam bengkel yang dihadiri oleh semua guru Penyelaras Makmal Komputer Sekolah PPD Bachok berjaya menghasilkan perkembangan positif di mana para guru berhasil bertukar fikiran, percambahan fikiran dan meningkatkan iltizam yang tinggi ke arah memantapkan pengurusan Makmal Komputer dan penggunaannya dalam proses P&P.

Bengkel ini menyediakan tenaga pembimbing dari Unit ICT Jabatan Pelajaran Kelantan yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohammad b. Abdullah.

mkml4.jpgimg_3180.jpg

Majlis Perasmian Penutup selamat disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Tn. Hj. Ab. Aziz b. Abdullah

Kolaborasi Think.Com

April 25, 2007

Satu program yang ditaja oleh Oracle antara gergasi perisian terkemuka antarabangsa yang membolehkan penyertaan murid dan pengajar sekolah menggunakan laman web interaktif berjenama Think.Com.

Untuk peringkat permulaan, murid dari 2 buah sekolah angkat PKG Badak terpilih sebagai perintis pengisian penggunaan Think.Com. Bengkel yang dijalankan di Makmal Komputer SMK Badak berjaya menghasilkan laman web mengikut status murid yang terpilih.

.1.jpg8.jpg22.jpg

Untuk masa yang akan datang program ini akan diperluaskan ke semua sekolah dalam kelompok PKG Badak.

Program Khidmat Bantu PSS Daerah Bachok

April 24, 2007

Program ini telah dijalankan di PKG Badak pada 26 Feb 2007 hingga 1 Mac 2007 sehari selepas Majlis Penyampaian Buku Bacaan Tambahan. Sebanyak 7 buah sekolah projek menikmati kemudahan bantuan kepakaran yang dibimbing oleh mentor dari PTP PKG seluruh Kelantan.

5.jpg6.jpg

img_0014.jpgimg_0031.jpg

Majlis Penyampaian Buku Bacaan Tambahan

April 24, 2007

Pada 25 Feb 2007, satu Majlis Penyampaian Buku Bacaan Tambahan untuk sekolah Daerah Bachok telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek b. Hussin. Turut sama dalam majlis ini ialah YBhg. Dato’ Yusoff b. Harun, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, KPP PSPN Kelantan, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Pegawai dari BTP, PPD, PSPN Kelantan dan semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD Bachok. Turut sama ialah guru-guru, pemimpin masyarakat dan penjawat jawatan awam di kalangan masyarakat Bachok.

.bbtbachok1.jpg bbtbachok2.jpg

Ketibaan YBhg. Dato’ Yusoff b. Harun, Pengarah BTP disambut oleh YBrs. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Tn. Hj. Ab. Aziz b. Abdullah.

bbtbachok12.jpg bbtbachok11.jpgbbtbachok5.jpg

Ketibaan YB Dato’ Dr. Awang Adek b. Hussin, Timb. Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bachok disambut oleh YBhg. Dato’ Yusoff b. Harun dan para pegawai.

bbtbachok8.jpgbbtbachok9.jpg

Sebahagian Pengetua dan Guru Besar yang menerima sumbangan Buku Bacaan Tambahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dari YB Dato’ Dr. Awang Adek b. Hussin.

 

 

Bahan Untuk Rujukan Semua

Mac 27, 2007

Semoga Mendapat Manfaat